Connect with us

Berita Lain

Zakir Jumpa Perdana Menteri


PUTRAJAYA – Sehari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad
mengeluarkan kenyataan bahawa beliau boleh terus tinggal di Malaysia selagi
tidak menimbulkan masalah, penceramah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik
menemui perdana menteri, hari ini.
Pertemuan tidak dijadualkan itu dikatakan berlangsung dalam
tempoh waktu yang singkat sahaja.
Memetik laporan FMT, menurut sumber, pertemuan antara Dr
Zakir dan Perdana Menteri tidak diketahui butir perbincangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya boleh mengesahkan Zakir berjumpa Tun (Dr Mahathir
Mohamad) pagi ini,” kata sumber itu.
Pertemuan itu diadakan sehari selepas Dr Mahathir berkata,
kerajaan tidak akan mengusir Zakir selagi beliau tidak menimbulkan masalah
kerana beliau mempunyai status penduduk tetap.
Spekulasi timbul dalam kalangan media India bahawa Kerajaan
Malaysia akan bertindak terhadap permohonan ekstradisi dikemukakan New Delhi
Januari lalu.
Rabu lalu, Kementerian Luar India mengesahkan permohonan
rasmi sudah dikemukakan kepada Malaysia.
Zakir mendakwa media di India menyasarkannya atas kempen
cercaan sejak dua tahun lalu dan berikrar akan mendedahkan “berita palsu”
mengenai pengusirannya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kebanyakan artikel yang diterbitkan mengenai saya akan
dibuktikan tidak berasas dan ia adalah palsu,” katanya dalam rakaman video baru
dimuat naik ke Facebooknya.
Dr Zakir adalah individu 
yang dikehendaki pihak berkuasa India.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel