Connect with us

Berita Lain

Hutang 1MDB: KJ, Ka Siong ‘terduduk’ dengar jawapan diberi Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertanya kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin samada mereka mengetahui bahawa kerajaan terdahulu telah mulai membayar RM7 bilion hutang 1MDB. – Foto: Malaysian Update

Isu hutang syarikat pembangunan strategik milik penuh
Kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menghangatkan sidang Dewan Rakyat
petang ini.
Ia bermula apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajukan
soalan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Ahli
Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
“Satu Malaysia tidak tahu bahawa Kerajaan Malaysia telah
mulai membayar RM7 bilion sehingga hari ini bagi pihak 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Adakah menteri-menteri Kabinet yang dahulu ini tahu
tak? Ayer Hitam tahu tak? Rembau tahu tak? Ketua pembangkang tahu tak?”

“Bukankah ini satu penipuan kepada rakyat
Malaysia?”
Menurut laporan Astro Awani, soalan panas itu bagaimanapun menyebabkan Ka Siong, yang
merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta Khairy, bekas Menteri
Belia dan Sukan, kembali duduk setelah berniat untuk mencelah penggulungan Guan
Eng.

Sejurus selepas itu, Ka Siong bangkit semula dengan
menyatakan beliau hanya akan menjawab desakkan Guan Eng berdasarkan fakta.
“YB (Guan Eng) tak adil, saya tahu apa yang benar
sahaja, apa yang tak benar saya tak tahu,” kata Ka Siong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Guan Eng kemudian meminta Ka Siong duduk sambil memuji Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila mendakwa bekas timbalan
perdana menteri itu mengakui tahu kerajaan terdahulu membayar RM7 bilion kepada
1MDB.
“Kalau tak boleh jawab sila duduk, jadilah ‘gentleman’
macam Bagan Datuk, beliau tahu,” katanya.
Guan Eng membangkitkan perkara itu ketika memberi penjelasan
di Dewan Rakyat susulan hutang negara 
melambung tinggi hingga mencecah RM1 trilion.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel