Categories: Berita Lain

‘Orang Kristian sudah ambil alih Putrajaya’


Pada malam terakhir kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai
Kandis, Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman memberi amaran
kepada pengundi di kawasan itu mengenai pemimpin Kristian dalam kerajaan
Pakatan Harapan (HARAPAN).
Bercakap kepada sekumpulan pengundi Melayu di Kampung Jawa
malam ini, beliau merujuk kepada video tular yang menunjukkan paderi Kristian
meraikan kemenangan HARAPAN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
“Orang Kristian sudah mengambil alih, take over kuasa
Putrajaya dan negeri-negeri yang saya sebut tadi. Betul memang betul.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sekarang ini menteri-menteri, tengok. Lim Guan Eng tu
Kristian, Anthony Loke Kristian, Tony Pua Kristian, Hannah Yeoh Kristian.
“Teresa Kok – Khalid Samad marah apabila saya kata
Teresa Kok ini satu-satu perempuan yang ada ‘kok’,” katanya disambut gelak
ketawa orang ramai.
Tajuddin mendakwa ahli-ahli politik DAP berkenaan
menggunakan kedudukan mereka dalam kerajaan untuk mengembangkan ajaran
Kristian.
“Nama-nama yang saya sebut ini mereka ini pengembang
agama Kristian. Mereka ini pengembang agama Kristian.
“Kita kena waspada. Dalam dia berpolitik, dia
menggunakan platform politik untuk mengembang, menyebar agama Kristian,”
dakwanya.
Lim merupakan menteri kewangan manakala Loke dilantik
sebagai Menteri Pengangkutan dalam kabinet perdana menteri, Tun Dr Maahthir
Mohamad.
Pua pula merupakan pegawai khas di kementerian kewangan,
manakala Yeoh merupakan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan
masyarakat. Kok pula dilantik mengetuai kementerian industri utama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ahli politik Umno itu juga mendakwa DAP berkuasa dalam
HARAPAN dan di sebalik keputusan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau juga menjangkakan DAP suatu hari nanti akan berusaha
untuk menghapuskan raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.
“Jangka panjang, tuan-tuan, puan-puan ini penting ni.
“Beberapa hari nanti kalau boleh mereka nak hapuskan
raja-raja Melayu.
“Mereka nak tubuhkan satu sistem pemerintahan seperti
Singapore, tak ada raja tak ada sultan, tak ada Yang di-Pertuan Agong.
“Sistem republik – iaitu ketua negara terdiri daripada
siapa sahaja – boleh jadi Melayu, Cina, India,” dakwanya.

– Malaysiakini

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

10 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago