Categories: Berita Lain

DOJ tangguh prosiding mahkamah AS berkaitan Equanimity


Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) hendak menangguhkan
prosiding di mahkamah AS berkaitan kapal layar mewah Equanimity.
Ini sementara menunggu siasatan rasmi bagi mengetahui apa
yang kerajaan Malaysia berhasrat lakukan terhadap kapal itu, lapor Malaysiakini hari ini.
“Kerajaan (AS) telah mengetahui bahawa kapal layar
defendan telah diserahkan oleh pemerintah Indonesia kepada kerajaan Malaysia,
dan telah meninggalkan perairan Indonesia. Kerajaan faham bahawa waran
diperolehi di Indonesia memberikan kuasa perolehan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan mencadangkan agar semua prosiding dalam
tindakan ini ditangguhkan untuk memberikan kerajaan dan penuntut kapal untuk
bertanya kepada Malaysia melalui saluran rasmi apa tujuannya berkenaan dengan
kapal layar defendan,” kata DOJ dalam notis yang difailkan di Mahkamah
Daerah California Tengah pagi ini (kira-kira pukul 12.45 malam semalam, waktu
California).
DOJ mencadangkan bahawa ia dibenarkan melaporkan kembali ke
mahkamah berhubung penemuannya pada 17 Ogos.
DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas kapal bernilai AS$
250 juta itu pada 15 Julai tahun lepas dengan mendakwa ia dibeli menggunakan
wang hasil penyelewengan 1MDB yang disalurkan menerusi sistem kewangan AS.
Walaupun saman itu masih belum selesai, DOJ mendapat
perintah perlindungan dari California untuk membawa kapal itu kembali ke
perairan AS bagi memudahkan penjualan interlokutori kapal itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ini bermakna kapal itu akan dijual dengan persetujuan pihak
lain dalam saman tersebut, manakala kedua-dua pihak terus berbincang mengenai
siapa yang harus menyimpan hasil penjualan itu.
Ini termasuklah jika pihak yang menuntut mempertikaikan di
mana dan bagaimana jualan harus dijalankan dan bagaimana kapal itu harus
diuruskan dalam masa yang sama.
Rayuan terhadap perintah tahanan perlindungan masih belum
selesai di Mahkamah Rayuan AS.
Bagaimanapun, pemerintah Indonesia menyerahkan kapal layar
berkenaan kepada kerajaan Malaysia semalam dan dijangka tiba ke Pelabuhan Klang
di bawah iringan polis tengahari ini.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago