Categories: Berita Lain

Sumbangan RM10 juta bertepatan dengan pengorbanan Kedah – MB


Kedah menghargai keputusan kerajaan persekutuan yang
meluluskan pampasan sebanyak RM10 juta setahun seperti yang diberitahu Menteri
Kewangan Lim Guan Eng di Dewan Rakyat semalam.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata
sumbangan itu bertepatan dengan pengorbanan yang diberikan Kedah terutama dalam
memastikan bekalan makanan negara terjamin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan negeri Kedah berterima kasih kepada kerajaan
persekutuan kerana meluluskan pampasan sebanyak RM10 juta setahun bagi pajakan
Pulau Pinang dan Seberang Perai.
“Pada masa sama, kerajaan negeri juga berharap
Putrajaya akan menimbang menambah sokongan kewangan kepada negeri Kedah
memandangkan negeri ini telah ‘berkorban’ dengan terus kekal sebagai Jelapang
Padi negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mukhriz berkata Kedah juga mempunyai potensi pendapatan
daripada aktiviti pembalakan, namun terpaksa ‘berkorban’ demi mengekalkan
kawasan terbabit sebagai kawasan tadahan air.
Ini kerana katanya sumber air dari kawasan tadahan di Kedah
bukan sahaja untuk kegunaan rakyat negeri itu tetapi turut dibekalkan ke
negeri-negeri berhampiran.



(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kita juga mempunyai tanah seluas 270,000 ekar untuk
dikekalkan sebagai kawasan penanaman padi, hutan tadahan air, sungai, tasik dan
empangan bagi menjamin bekalan makanan negara,” katanya.
Terdahulu ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Lim
berkata kerajaan persekutuan bersetuju memperuntukkan bayaran sumbangan khas
kepada Kedah sebanyak RM10 juta.
Keputusan itu dibuat selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad menzahirkan hasrat supaya kerajaan mengkaji semula pemberian khas Kedah
yang berjumlah RM10,000 setiap tahun.
– Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago