Categories: Berita Lain

Ini isi surat Musa kepada Speaker Dun Sabah



KOTA KINABALU – Tan Sri Musa Aman malam ini mengumumkan kandungan suratnya bertarikh 30 Julai yang dialamatkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah susulan laporan berita dalam media portal arus perdana mengenai tempoh akhir untuk beliau dan anaknya, Yamani Hafez mengangkat sumpah jawatan, masing-masing sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ahli Parlimen Persekutuan.


Tengku Fuad Tengku Ahmad yang juga Peguam Utama Musa berkata anak guamnya dalam surat itu memberitahu Speaker bahawa beliau sedang menjalani siri rawatan perubatan dan ujian dan telah dimasukkan ke hospital dan oleh itu, adalah tidak selamat dan boleh menjejaskan kesihatannya jika beliau melakukan perjalanan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menurut Tengku Fuad, dalam surat tersebut, Musa juga memaklumkan kepada bahawa beliau sedang menunggu keputusan pelbagai ujian perubatan, diagnosis, serta prognosis masa depannya berkaitan keadaannya untuk menentukan terlebih dahulu, keperluan perubatannya dan yang kedua bila yang ia mungkin selamat untuk beliau melakukan perjalanan yang mengambil masa lama untuk kembali ke Sabah.


“Secara khusus, doktor Tan Sri harus menentukan cara terbaik untuk merancang rawatannya pada masa depan selain membuat perancangan untuk penjagaan kesihatan apabila beliau kembali ke Sabah.


“Dokumen yang menyokong keadaan perubatan serius Tan Sri telah dikemukakan kepada Speaker untuk pertimbangannya.


“Pada masa ini, Tan Sri Musa, atas nasihat doktor perubatannya, telah membayangkan bahawa beliau tidak dapat dari segi fizikal untuk melakukan perjalanan dan bahawa sebarang perjalanan boleh memudaratkan kesihatannya. Oleh itu, Tan Sri Musa telah menyatakan rasa kesal yang mendalam bahawa beliau mungkin tidak dapat secara fizikal berada di Sabah untuk upacara mengangkat sumpah jawatan di Dewan Undangan Negeri,” kata Tengku Fuad dalam satu kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, Tengku Fuad berkata anak guamnya dalam surat itu telah memohon daripada Speaker keizinan khas dan lanjutan masa untuk mengangkat sumpah jawatan atas sebab-sebab perubatan dengan budi bicara mutlak untuk memberikannya terletak pada Speaker.


Tengku Fuad berkata dalam surat tersebut, Speaker telah dimaklumkan sepenuhnya tentang keadaan perubatan serius Tan Sri Musa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Seterusnya, kata Tengku Fuad, Tan Sri Musa telah memberi jaminan untuk memaklumkan kepada Speaker mengenai perkembangan kesihatannya dan juga telah menawarkan untuk memberikan laporan perubatan lengkap kepada Speaker sekiranya ia memerlukan.


“Tan Sri Musa mengambil kesemapatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan supaya beliau segera sembuh. Tan Sri Musa juga memberi jaminan kepada semua bahawa beliau akan kembali tidak lama lagi dan bahawa beliau akan dan layak menduduki jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah secara sah di sisi undang-undang,” kata Tengku Fuad. – Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

5 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

6 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago