Categories: Berita Lain

Tersepit lori tiba-tiba ‘reverse’

PIHAK bomba membantu mengeluarkan mangsa tersepit antara lori dan dinding kondominium dalam kejadian di Damansara Perdana, semalam. FOTO Ihsan Bomba



PEMANDU lori rangkaian pasar raya terkemuka berdepan detik cemas apabila tersepit di antara lori dan dinding di kawasan letak kereta kondominium di Damansara Perdana, Petaling Jaya, semalam.


Dalam kejadian 7 malam itu, mangsa yang berusia 28 tahun dipercayai turun daripada lorinya untuk memeriksa ruang parkir apabila tiba-tiba lori berkenaan mengundur menyebabkan dia tersepit.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, Ramli Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.06 malam.


“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari BBP Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.


“Ketika tiba di lokasi kejadian, anggota yang bertugas mendapati pemandu lori terbabit tersepit di antara lori dan dinding selepas lori itu tiba-tiba menggelongsor ke belakang walaupun mangsa sudah menarik brek tangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ramli berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit sebelum berjaya mengeluarkan mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan fizikal, bagaimanapun pemeriksaan dilakukan bagi mengesan kecederaan dalaman.


“Dia kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans paramedik yang berada di lokasi kejadian,” katanya.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago