Categories: Berita Lain

Ibu reda hilang dua anak lelaki sekelip mata

Mayat dua beradik yang ditemui mati lemas dibawa ke HTAA. Foto ihsan APM

KUANTAN: Tiada ungkapan dapat menggambarkan betapa luluhnya hati seorang ibu sebaik menerima perkhabaran dua anak lelaki yang menjadi penyeri dalam keluarga selama ini, lemas dalam kejadian di Muara Sungai Balok, petang Jumaat.


Wan Norhuda Wan Chik, 41, berkata sebaik seorang jiran datang ke rumah menyuruhnya datang ke kawasan pantai tidak jauh daripada kediamannya itu, dia mula tidak sedap hati dan merasakan ada sesuatu menimpa kedua-dua anaknya itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Apabila tiba di pantai, saya lihat mayat Muhammad Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11, terbaring di pantai.


“Sementara mayat anak bongsu saya, (Muhammad Hafizul Iman, 10 tahun) masih belum ditemui,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi.


Wan Norhuda yang mempunyai empat anak lagi kesemuanya perempuan, tidak menyedari bila anak kelima dan keenamnya itu keluar dari rumah dan itu kali pertama mereka ke pantai kerana sebelum ini, mereka sering dilarang ke sana.


Dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat, dua beradik murid Sekolah Kebangsaan Balok itu lemas selepas mandi bersama dua rakan mereka di Muara Sungai Balok.


Bagaimanapun dua rakan mangsa, Ahmad Adam Naufal Ahmad Yamizi, 11, dan Mohamad Lokman Hakim Suhamizan, 10, berjaya diselamatkan orang awam yang berada di kawasan berhampiran.


Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Mohd Razali Mustafar berkata pihak sekolah akan menguruskan soal tuntutan insurans kedua-dua mangsa tersebut bagi meringankan beban keluarga mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Anggota Parlimen Indera Mahkota, yang menziarahi keluarga mangsa, turut melahirkan rasa simpati dan menzahirkan komitmen untuk membantu keluarga mangsa. – BERNAMA

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

2 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

6 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago