Categories: Berita Lain

Kos purata turunkan logo 1Malaysia kurang RM18,500 – Guan Eng


Kerajaan membelanjakan purata RM18,491 untuk menurunkan
setiap logo 1Malaysia yang ada di pusat transformasi bandar (UTC) di seluruh
negara.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata secara keseluruhan ada
25 logo 1Malaysia dan 1Negaraku Malaysia di 21 UTC seluruh negara.
Kata Lim langkah itu dibuat hanya melibatkan UTC saja dan
tidak melibatkan premis awam lain.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Logo 1Negaraku Malaysia di UTC seluruh negara
diturunkan ketika usia pusat terbabit melebihi tiga tahun dan sedang dalam fasa
pemuliharaan bangunan, membabitkan kerja-kerja mengecat semula dan penggantian
logo baru.
“Ia bermula dari 12 Apr 2018 hingga 31 Mei 2018,”
katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Tan Sri
Annuar Musa (BN-Ketereh).
Terdahulu Annuar bertanya mengenai peruntukan yang digunakan
untuk menurun atau membuang logo 1Malaysia di semua premis awam.
“Apakah rasional tindakan berkenaan dilakukan pada
kadar segera?” kata Annuar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut Lim kerja-kerja pemuliharaan berkenaan selaras
dengan keputusan mesyuarat khas ketua setiausaha kementerian dan ketua
perkhidmatan pada 12 Mei 2018.
Katanya penurunan logo tersebut dibuat tanpa melibatkan kos
tambahan yang besar dan perlu dilaksanakan atas dua faktor, iaitu:
1. tempoh projek yang pendek, justeru arahan perlu dikeluarkan
sebelum tempoh projek tamat

2. kemajuan kerja projek yang masih berbaki, justeru arahan
dikeluarkan segera agar kos penurunan logo dapat ditampung oleh baki kemajuan
tanpa sebarang pertambahan siling peruntukan yang disebabkan oleh arahan
perubahan kerja.

– Malaysiakini

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

18 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

20 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago