Categories: Berita Lain

‘Maaf saya silap, jumlah bayaran balik GST diseleweng lebih besar’, kata Menteri Kewangan


Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menjelaskan bahawa
kementeriannya tersilap mengumumkan jumlah kekurangan dana dalam Tabung Bayaran
Balik GST yang sebelum ini didakwa diseleweng oleh kerajaan pentadbiran BN.
Bercakap di dalam Dewan Rakyat, Lim berkata jumlah
kekurangan sebenar adalah lebih besar daripada yang didedahkannya sebelum ini
iaitu sebanyak RM19.248 dan bukannya RM17.911 bilion.
“Saya ingin memohon maaf kepada Tuan Yang Dipertua ke
atas kesilapan ini. Akan tetapi, adalah lebih baik kami telus, jujur dan
berterus-terang dengan Dewan Yang Mulia ini daripada menyembunyikan perkara
sebegini seperti kerajaan yang lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tunggakan bayaran balik adalah disebabkan kelemahan
aliran tunai kerajaan persekutuan akibat kekurangan disiplin fiskal, pembaziran
yang berleluasa dan pertambahan hutang yang besar.
“Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh pentadbiran lama
merupakan pemalsuan akaun dan penyelewengan tunggakan bayaran balik cukai untuk
kegunaan lain atau untuk menutup defisit supaya mereka dapat menunjukkan
keadaan lebihan,” katanya.
Menurut laporan Malaysiakini lagi, Lim menjelaskan bahawa kesilapan itu tidak disengajakan
berlaku setelah pegawai pejabatnya tersalah meletakkan titik perpuluhan.
Sebelum ini, Lim mendedahkan bahawa RM19.397 bilion bayaran
balik GST seharusnya dibayar sejak 2015 namun hanya ada RM1.486 bilion dalam
tabung amanah bayaran balik berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Itu bererti kekurangan sebanyak RM17.911 bilion.
Bagaimanapun, dalam penjelasan terbaru Lim berkata angka
untuk baki yang sedia ada dalam Tabung Bayaran Balik adalah sekitar RM148.6
juta sahaja, dan bukannya RM1,486 juta seperti yang diumumkan minggu lalu.
Itu bererti kekurangan sebenar adalah sebanyak RM19.248
bilion.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago