Categories: Berita Lain

Lelaki ‘terperangkap’ dalam badan budak 12 tahun


 SEORANG lelaki berusia 25 tahun menceritakan penderitaannya apabila dirinya terperangkap dalam badan budak berusia 12 tahun.


Tomasz Nadolski, dari Olesnica, Poland, mengalami keadaan genetik yang dikenali sebagai penyakit Fabry, yang menjejaskan buah pinggang, jantung dan kulitnya.


Ia juga menyebabkan pembentukan sejenis lemak yang menyebabkan tubuh mengalami gangguan untuk proses metabolisme molekul lemak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya berumur 25 tahun dan saya ingin kelihatan seperti seorang lelaki yang sepadan dengan usia saya. Saya benci ‘budak lelaki ini’ yang saya lihat setiap hari di cermin, kerana dia bukan saya,” katanya.


Ketika berumur tujuh tahun, Nadolski mula muntah setiap kali selepas makan dan mula menderita sakit di bahagian perut, tangan dan kakinya.


Doktor tidak dapat mengenal pasti penyakitnya dan mengesyaki masalah ini mungkin lebih cenderung kepada penyakit mental, bukan fizikal dan mengesyorkan dia makan lebih banyak.


Katanya, keadaan itu menjadikan saudara-maranya masih melayannya sebagai seorang kanak-kanak.


-foto CEN


“Bila saya di rumah, saya hanya duduk di bilik dan menghabiskan masa bersendirian.


“Saya rasa sepi dan saya kurang mendapat sokongan keluarga dan inilah yang saya lalui selama bertahun-tahun. Penyakit ini telah memusnahkan hubungan keluarga kami.”


Katanya, penyakit itu juga mempengaruhi kehidupan sehariannya kerana orang sekelilingnya menolak untuk menerima hakikat tentang usia sebenar dirinya.


“Saya sering menderita sedih. Apabila saya tunjukkan kad pengenalan di pejabat atau jika polis menahan saya, mereka tuduh saya guna kad palsu,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dia hidup dengan bantuan bernilai £160 sebulan manakala ubatnya bernilai hampir £170,000 setahun.


Dia bernasib baik kerana pengeluar rawatan mahal untuk penyakit itu bersetuju untuk membekalkannya ubat-ubatan secara percuma.


Masalah perutnya yang teruk bermakna dia tidak boleh makan dan dia harus bergantung dengan drip selama 20 jam sehari supaya dia dapat mengambil makanan yang mencukupi.


Dia juga memerlukan ubat tahan sakit.


Keadaan kakinya menyebabkan dia terpaksa memakai kasut khas.


“Saya sakit pada sendi, tulang dan otot. Setiap inci badan menyakitkan saya. Saya tak dapat tidur dan hidup dengan normal.” -MetroUK

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

3 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

22 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago