Categories: Berita Lain

‘Alasan pegawai Mat Sabu dapat RM800k dari biaya khalayak sukar diterima’

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan lebih maklumat
berhubung kes melibatkan pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Bekas anggota parlimen Pandan itu mendakwa diberitahu bahawa
jumlah yang digunakan untuk membebaskannya daripada status muflis diperoleh
melalui biaya khalayak (crowdfunding), lapor portal Malaysiakini hari ini.
Beliau turut melampirkan dokumen bayaran berjumlah RM800,000
itu dalam kenyataannya hari ini, menunjukkan pegawai itu didakwa menerima empat
bayaran “meragukan” berjumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000; dan
RM100,800, dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2018.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Alasan yang sampai kepada saya ialah wang ini hasil
daripada biaya ramai yang diusahakan untuk melepaskan pegawai tersebut daripada
status muflis.
“Saya sukar menerima alasan ini keraa saya tahu seorang
lagi pemimpin AMANAH yang belum berjaya mengumpul dana mencukupi untuk membayar
saman ke atasnya, sedangkan beliau lebih dikenali daripada pembantu Mohamad
Sabu,” katanya.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini semalam berhubung
pegawai tersebut yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) berkaitan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk
menyelesaikan hutangnya.
Sumber mendakwa pembantu itu telah diisytiharkan muflis oleh
Jabatan Insolvensi kira-kira empat tahun lalu, tetapi hutangnya diselesaikan
hanya beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
SPRM menyiasat sama ada hutang itu diselesaikan dengan niat
mendapatkan projek sebagai balasan, kata sumber itu lagi.
Hari ini, Mohamad berkata beliau mengalu-alukan siasatan
SPRM dan tidak akan berkompromi dalam soal integriti.
Beliau berkata akan memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM
dan pegawainya perlu dibawa ke mahkamah jika terdapat cukup bukti tentang
dakwaan itu.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

4 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

8 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

13 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago