Categories: Berita Lain

Dewan Rakyat lulus RUU mansuh Akta Antiberita Tidak Benar



KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.


RUU itu diluluskan setelah dibaca kali ketiga di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dan mendapat undian majoriti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin ketika menggulung RUU itu berkata undang-undang sedia ada telah mencukupi dan ia boleh dipinda jika tidak mampu untuk menangani isu berita palsu.


“Jika kita kaji Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, dan undang-undang sivil yang lain, ia boleh digunakan sebagai remedi untuk menangani berita palsu,” katanya.


Beliau menambah, memperkasakan siasatan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) juga boleh membantu menangani berita palsu terutama dalam mengesan akaun palsu dalam media sosial.


“Pengerang (Datuk Seri Azalina Othman Said) kata tadi, sukar untuk kita kesan siapa yang cipta akaun palsu dalam media sosial, tetapi sebenarnya kita kena ’empower’ polis, akaun palsu ini mesti ada orang ‘operate’, teknologi yang dipakai agensi penyiasatan luar negara untuk kesan akaun ini,” katanya.


Pada persidangan minggu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang membentangkan RUU itu bagi bacaan kali pertama berkata ia bertujuan mengadakan peruntukan bagi pemansuhan akta itu disebabkan perubahan dasar kerajaan yang berita tidak benar boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada, seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta AKMM 1998.


RUU itu juga menyatakan sebarang penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berhubung kesalahan yang belum selesai di bawah akta yang dimansuhkan, boleh diteruskan seolah-oleh akta itu masih berkuatkuasa.


Seramai 12 anggota Parlimen mengambil bahagian membahaskan RUU itu.


Terdahulu, ketika membahaskan RUU itu, Anggota Parlimen, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mencadangkan satu jawatankuasa bertindak dianggotai oleh pakar media dan kewartawanan bagi menangani ancaman berita palsu tanpa menambah akta sedia ada.


Syed Ibrahim berkata kerajaan boleh mengambil contoh seperti negara Belgium yang mewujudkan  jawatankuasa bertindak khas disertai oleh pakar media dan cendiakawan bagi mencari jalan penyelesaian kepada masalah itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Antara yang boleh dilakukan oleh ‘task force’ ini nanti ialah menjalankan kempen kesedaran rakyat yang akan mengatasi persepsi bahawa kita tolak Akta Antiberita Tidak Benar bukan kerana kita mahu berita tidak benar menular di negara ini,” katanya.


Syed Ibrahim juga berkata laman web seperti sebenarnya.my perlu dikekalkan, bagaimanapun perlu diperkasakan menjadi medium untuk memperjelaskan maklumat sebenarnya mengenai sesuatu berita palsu itu.  — Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

‘Bila ibu ibu naik angin, rasain lo!’ – sekumpulan wanita mengamuk robohkan rumah perogol kanak-kanak perempuan

Sekumpulan wanita mengamuk dan melepaskan kemarahan dengan merobohkan rumah suspek perogol kanak-kanak perempuan bawah umur.… Read More

4 hours ago

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

19 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

23 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

1 day ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago