Categories: Berita Lain

‘Rafizi patut minta penjelasan sebelum serang pembantu Mat Sabu’ – Timbalan Menteri Pertahanan


Rafizi Ramli sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dulu
berhubung siasatan terhadap pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum
membuat kritikan terbuka, kata Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong.
Liew berkata naib presiden PKR itu boleh saja menelefon
Mohamad, pembantu kanan itu malah dirinya sendiri untuk bertanya tentang
perkara itu.
“Saya sudah kenal pembantu itu selama enam tahun, kami
bekerja dengan rapat. Saya tahu apa yang berlaku.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia muflis tetapi dapat pinjaman daripada keluarga dan
kawan untuk membayar (hutang) agar dia boleh dilantik,” katanya lagi.
Liew berkata semua pihak perlu membiarkan isu itu disiasat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menentukan pegawai itu
melakukan kesalahan atau tidak.
“Tetapi untuk Rafizi melancarkan serangan, saya rasa ia
sangat tidak adil,” katanya yang juga seorang senator.
Ketika ditanya sama ada Rafizi masih boleh membuat kenyataan
berhubung perkara itu, Liew berkata pemimpin parti pemerintah perlu membuat
semakan dengan sekutu terlebih dulu sebelum membuat ulasan.
Pada Selasa lalu, portal Malaysiakini melaporkan SPRM menyiasat
pembantu kanan Mat Sabu berhubung dakwaan menerima bantuan lebih RM800,000
untuk mengeluarkannya daripada status muflis.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Rafizi kemudian mendakwa beliau diberitahu jumlah itu
dikumpul daripada biaya khalayak dan menyifatkan alasan itu sebagai tidak boleh
diterima.

Beliau turut melampirkan dokumen bayaran berjumlah RM800,000
itu, menunjukkan pegawai itu didakwa menerima empat bayaran
“meragukan” berjumlah RM318,525; RM100,000; RM300,000; dan RM100,800,
dalam masa dua hari iaitu pada 30 dan 31 Mei 2018.
Justeru calon timbalan presiden PKR itu sekali lagi menggesa
menteri kabinet mengisytiharkan harta dan agar undang-undang berkaitan
pengisytiharan harta diketatkan.
Berhubung cadangan itu, Liew berkata beliau secara peribadi
menyokong gesaan Rafizi.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago