Categories: Berita Lain

BNM dedahkan 1MDB didenda RM15 juta



KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan denda sebanyak RM15 juta terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada “waktu di mana bank pusat berkenaan dibenarkan untuk melakukannya”.


Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas waktu berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Nor Shamsiah berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung jumlah denda dikenakan setakat ini terhadap 1MDB pada sidang media, di sini, hari ini ketika mengumumkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Malaysia untuk suku kedua tahun ini.


Pada 28 April, 2016, BNM mengeluarkan surat keterangan pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Ia adalah antara tindakan akhir yang diambil Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebelum bersara sebagai Gabenor BNM.


Nor Shamsiah mendedahkan pada waktu berkenaan, bank pusat itu dilarang daripada menyatakan jumlah denda berkenaan.


“Oleh kerana Parlimen semalam memberikan lampu hijau untuk membuka semula siasatan 1MDB, BNM akan meneruskan untuk menyelaraskan dengan pelbagai agensi di bawah pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyiasat syarikat berkenaan,” katanya.


Pejabat Perdana Menteri (PMO), dalam satu kenyataan pada 21 Mei, berkata pasukan petugas khas yang diketuai oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga lagi pemimpin dibentuk untuk menyiasat 1MDB.


Pasukan petugas khas itu turut merangkumi pegawai BNM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Peguam Negara dan polis selain peguam yang mengkhusus dalam bidang undang-undang berkaitan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sebagai sebahagian daripada pasukan petugas khas itu, kami membantu pasukan berkenaan dengan berkongsi kertas siasatan kami dan apa yang kami ketahui setakat ini kepada agensi berkaitan dan pasukan petugas itu


“Kami juga membantu mereka melihat aliran wang (syarikat berkenaan),” kata Nor Shamsiah dan menambah, keutamaan BNM masih terhadap menyampaikan mandat bagi memastikan kestabilan kewangan.- Bernama

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

3 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

7 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

12 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago