Categories: Berita Lain

Mujur ada treler, kalau tak nyawa wanita ini dan rakannya melayang



PETALING JAYA: Kalau bukan kerana sebuah treler yang berada di hadapannya, nyawa pegawai perhubungan awam ini mungkin melayang dalam kejadian bas henti-henti milik RapidKL yang merempuh beberapa kenderaan di Jalan Ampang pada Khamis malam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Che Wan Sofiatul Shima Wan Chik (gambar)  menceritakan detik mendebarkan yang dialaminya bersama seorang lagi rakan, Manicka Raj, 36, ketika mahu keluar dari sebuah simpang menuju ke Pandan Indah.




“Pada awalnya saya ingin memintas sebuah kenderaan di belakang treler tersebut yang ketika itu berhenti di depan lampu isyarat, tetapi tak jadi teruskan niat itu.


“Dalam tempoh beberapa saat sahaja, saya nampak ada bas RapidKL yang sangat laju dan merempuh sebuah MyVi hitam dan beberapa lagi kereta di laluan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Che Wan Sofiatul Shima berkata, sebelum kejadian, dia dan rakannya singgah makan di Suzi’s Corner yang terletak di persimpangan Jalan Ampang beberapa jam sebelum insiden tersebut berlaku.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Tambah wanita berusia 39 tahun itu, selepas kejadian tersebut, dia masih berasa trauma setiap kali melihat bas RapidKL di jalan raya.


“Badan kami menggeletar dan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku kerana insiden itu berlaku betul-betul depan mata kami. Kalau nampak bas RapidKL, masih ada rasa takut tu.


“Saya amat bersyukur kerana kami tidak terlibat dalam kemalangan itu dan mungkin ada hikmahnya treler tersebut berada di situ,” ujarnya.


Advertisement

Gambar insiden yang diperoleh oleh Che Wan Sofiatul Shima daripada kumpulan Whatsapp.


Menurut Che Wan Sofiatul Shima, dia bagaimanapun tidak berhenti untuk melihat situasi yang berlaku dan meneruskan perjalanannya kerana enggan mengganggu lalu lintas.


Terdahulu, media melaporkan terdapat sebuah bas dipandu laju merempuh beberapa kenderaan di depan bangunan Risda, Jalan Ampang dan berakhir di simpang Jalan Ampang / Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) pada Khamis malam.


Insiden mendebarkan yang berlaku kira-kira pukul 8.20 malam itu diibaratkan seperti babak filem aksi.


Kejadian itu tular menerusi video berdurasi 1.39 minit yang tersebar di laman media sosial sejak jam 10 malam.


Pemandu bas berkenaan sebelum itu dikatakan merempuh sebuah kereta menyebabkan ia terbabas dan melanggar sebuah gerai burger.

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago