Categories: Berita Lain

Susu tercemar tak dijual di Malaysia

Produk susu yang tercemar di Singapura.


KEMENTERIAN Kesihatan menjelaskan bahawa susu rumusan bayi jenama Dumex Mamil Gold-Step 1 buatan Malaysia yang dilaporkan ditarik balik dari pasaran Singapura tidak dijual dalam pasaran Malaysia.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata produk susu formula bayi berkenaan dihasilkan hanya untuk pasaran eksport di Singapura.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Katanya Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai isu penarikan balik susu rumusan itu, yang berdasarkan laporan Agri-Food & Veterinary Authority (AVA) Singapura bahawa susu itu tercemar dengan bakteria Cronobacter sakazaki.


“Produk susu rumusan bayi yang terbabit mempunyai berat bersih 850 gram setiap tin, nombor 09117R1 dan tarikh luput pada 11 September 2019.


“Bakteria Cronobacter sakazaki terdapat secara meluas di persekitaran yang boleh hidup dalam keadaan kering seperti susu formula bayi biarpun jangkitan Cronobacter jarang berlaku namun menyebabkan meningitis atau sepsis yang boleh membawa maut kepada bayi baru lahir,” katanya.


Simptom yang terdapat pada bayi adalah seperti demam, tiada selera makan atau kelesuan.


Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan akan terus meningkatkan pemantauan ke atas produk susu rumusan bayi di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.


Hasil pemantauan kementerian itu dari 2015 sehingga kini, sebanyak 129 sampel telah diambil dan didapati tiada bakteria Cronobacter sakazakii dikesan dalam produk susu rumusan bayi.


“Di bawah subseksyen 13(1) Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sebarang kemusykilan orang ramai berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

8 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago