Categories: Berita Lain

Hanya mereka yang berjasa dapat darjah kebesaran: PM

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: Kosmo

LANGKAWI – Penganugerahan darjah kebesaran hanya akan
diberikan kepada mereka yang berjasa kepada negara dan bukannya mereka yang
menyokong pemimpin yang memerintah semata-mata.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
penganugerahan ini tidak seharusnya diberikan sewenang-wenangnya seperti yang
diamalkan kerajaan BN sebelum ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Masa Najib dulu semua orang dapat hadiah supaya sokong
Najib. Kita (Kerajaan PH) tak bagi hadiah. Tapi kita nak bagi kepada orang yang
patut dapat,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Istana
Negara untuk tidak memberi anugerah kebesaran sempena sambutan Keputeraan Yang
DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 9 September ini.
“Saya tak tahu sebab apa (tiada penganugerahan kebesaran)
tapi saya ingat sebabnya waktu ini kita tak tahu siapa kita nak bagi,” katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir menyelar kenyataan Pergerakan
Pemuda Umno baru-baru ini yang menyifatkan keputusan kerajaan menghentikan
projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai sia-sia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurutnya keputusan kerajaan itu dibuat setelah
mengambilkira kemampuan kewangan semasa negara.
“Kita tak ada duit (untuk meneruskan projek ECRL ini) pasal
duit itu orang tertentu curi, sebab itu kita tak boleh bayar.
“Kalau Pemuda Umno boleh kutip sebanyak RM55 bilion (kos
untuk projek itu), kita boleh teruskan dengan ECRL ini,” katanya.
Dr Mahathir, yang juga Anggota Parlimen Langkawi, tiba di
sini untuk lawatan singkat bertemu mangsa bencana ribut dan banjir kilat di
Kuala Teriang baru-baru ini.- Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

1 hour ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

7 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago