Categories: Berita Lain

Perodua akan bayar balik pelanggan Myvi terlepas pengecualian cukai


KUALA LUMPUR – Pengeluar kereta nasional, Perodua, akan membayar
balik 3,100 pelanggan Myvi yang terlepas peluang mendaftar kereta mereka
sebelum 1 September disebabkan penangguhan sementara pengeluaran ekoran
gangguan bekalan vendor.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari
Husin berkata, kakitangan syarikat itu akan menghubungi para pelanggan yang
telah menempah kereta Myvi yang sepatutnya didaftarkan sebelum 1 September
untuk memanfaatkan harga tanpa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami ingin menawarkan pelanggan bernilai kami rebat
tunai selepas pendaftaran kenderaan mereka, sebagai pampasan terhadap kesulitan
yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zahari berkata, syarikat itu juga akan memaklumkan kepada
pelanggan perkembangan terkini serahan Myvi kepada mereka.
GST berkadar sifar bermula 1 Jun yang membawa kepada
pengecualian cukai selama tiga bulan telah meningkatkan permintaan terhadap
kenderaan, dengan pembeli berebut-rebut untuk mendaftarkan kenderaan mereka
sebelum 1 September apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan
semula.
Pada 20 Ogos, Perodua mengumumkan pengeluaran Myvi
tertangguh disebabkan gangguan bekalan vendor. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago