Connect with us

Berita Lain

Air mata Tun Mahathir tumpah depan ulama


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam yang membuatkannya
merasa sebak.
Memetik laporan portal Malaysiakini, Dr Asri berkata, ia
adalah di mana Mahathir menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam
kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan
lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran’,
beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.
“Saya juga rasa sebak. Semoga ALLAH SWT merahmati Tun
(Mahathir),” katanya di Instagram.
Dr Asri mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama
Mahathir ketika pertemuan itu.
Dalam pada itu, seramai 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam
mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana
Menteri, semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum
Amanah, Ahmad Awang; pensyarah Universiti Oxford United Kingdom, Datuk Dr
Muhammad Afifi Al-Akiti; Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia
(Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli
Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk
Dr Mujahid Yusof Rawa dan timbalannya Fuziah Salleh.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel