Connect with us

Berita Lain

Aminuddin sembelih sendiri lembu

Aminuddin (tengah) sedang menyembelih lembu di Taman Desa Rhu Sikamat.


SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun menyembelih empat ekor lembu yang dilakukan sendiri pada Majlis Korban di Madrasah Al-Aliah di Jalan Sikamat, Ampangan di sini, semalam.


Menurut Adun Sikamat itu, pengalaman menyembelih ini bukan kali pertama berikutan sebelum ini beliau pernah melakukan penyembelihan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Alhamdulillah dan syukur kerana saya dapat melakukan dengan baik dan penuh keyakinan. Terima kasih pada jemaah di kariah ini yang percaya dengan saya untuk sembelih lembu tersebut.


“Bukan satu tapi empat ekor saya dapat sembelih sendiri, ini adalah kali kedua, masa yang pertama dulu buat semasa bulan Ramadan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Surau Al-Falah di Taman Desa Rhu, Sikamat, di sini.


Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Razali Ab Malik.


Jelasnya, penyembelihan pada kali ini lebih yakin dan berani, berbanding sebelumnya.


“Kali pertama tu rasa macam yakin tak yakin. Tapi alhamdulillah kita kena yakinkan diri dan percaya dengan diri sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Apa yang paling penting kita tahu cara dan faham peraturan menyembelih,” katanya.


Katanya, penyertaan anak muda dalam mempelajari kaedah penyembelihan sangat penting bagi memberi pendedahan kepada generasi muda akan datang.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel