Connect with us

Berita Lain

Anggota Perhilitan maut tertembak pada dada


REMBAU – Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara (Perhilitan) menemui ajal selepas dipercayai tertembak pada
bahagian dada semasa menyertai operasi menembak kera di Kampung Durian Daun di
sini, pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, mangsa, Cyril Quing,
35, yang berasal dari Tenom, Sabah terkena tembakan pada dada kanan dan
disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau, lapor Kosmo Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin
berkata, mangsa bersama 16 anggota Perhilitan dari Seremban, Jempol dan Gemas
terlibat dalam operasi yang bermula pada pukul 8.30 pagi.
Menurutnya, selepas mendengar taklimat penggunaan senjata
api, mereka bergerak ke kawasan operasi yang terletak di belakang masjid
kampung tersebut.
“Bagaimanapun, mangsa tiba-tiba mengadu dia terkena
tembakan pada bahagian bahu kanan dan berlari ke arah kenderaan dan beberapa
anggota lain.
“Lelaki itu telah dibawa ke klinik dan disahkan
meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di
sini hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Noor Azam menambah, susulan kejadian itu, polis menahan 16
anggota Perhilitan untuk siasatan lanjut selain merampas 16 pucuk senjata api
jenis shotgun (senapang patah) yang digunakan mereka dalam operasi tersebut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel