Connect with us

Berita Lain

Anwar sudah nasihatkan Abdullah Sani

Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid dinasihat supaya membuat pembentulan berhubung dakwaan wujud pakatan tertentu untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

Kata Anwar langkah berkenaan perlu diambil sebelum ia menular dengan lebih serius.
Menurut presiden PKR itu beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti didakwa Abdullah Sani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya dengan Tun M tak ada masalah… jadi saya nasihat dia, terutama supaya tidak menular, buat pembetulan,” katanya di Kuala Lumpur hari ini.


Abdullah Sani
Sebelum ini Abdullah Sani yang bertanding untuk menjadi anggota Majlis Pimpinan Pusat mendakwa Dr Mahathir mengadakan pakatan dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin bagi menghalang Anwar menjadi perdana menteri.
Abdullah Sani juga mengaitkan nama Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dalam pakatan tersebut.
Untuk rekod dalam pemilihan PKR kali ini Abdullah Sani menyertai kem Rafizi Ramli.
Naib presiden PKR itu mencalonkan dirinya untuk mencabar Azmin bagi jawatan nombor dua parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengikut persetujuan dicakap parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum PRU ke-14 lalu Dr Mahathir adalah calon perdana menteri ketujuh jika BN dapat dikalahkan di peringkat pusat.
Sebelum ini gabungan pembangkang menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri.
Melalui persetujuan sebelum PRU itu, Dr Mahathir akan melepaskan jawatannya bagi memberikan laluan kepada Anwar menjadi perdana menteri.
Menurut Anwar selepas memberikan nasihat kepada Abdullah Sani beliau tidak tahu sama ada anggota parlimen terbabit sudah menulis surat bagi menjelaskan keadaan itu atau tidak.
“Dia akan buat pembetulan. Dia dinasihatkan untuk membetulkan keadaan.
“Saya dah bagi tahu, memang tidak ada asas untuk mengaitkan nama Dr Mahathir,” katanya.
– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel