Connect with us

Berita Lain

Anwar: Tiada asas tuduh Dr Mahathir terlibat konspirasi jadi PM



KUALA LUMPUR: Tuduhan yang dilempar ke atas Tun Dr Mahathir mendakwa perdana menteri itu terlibat dalam plot untuk menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri akan datang adalah tidak berasas.


Itu kata Anwar. Presiden PKR tersebut menegaskan bahawa beliau dan Dr Mahathir tidak mempunyai sebarang masalah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya sudah menasihatkan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bahawa tuduhan sebegitu adalah tidak berasas dan memberitahu beliau agar tidak mengulangi kenyataan itu lagi.


“Biar dia uruskan. Saya tidak tahu sama ada dia sudah tulis atau belum, tapi saya sudah minta dia agar buat pembetulan.


“Adalah tidak berasas untuk kaitkannya dengan nama Dr Mahathir,” kata beliau pada Isnin selepas prosiding di kamar hakim disaksikan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Faizah Jamaludin.


Abdullah Sani yang merupakan ahli Parlimen Kapar mendakwa Dr Mahathir dan Ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin adalah antara yang terlibat untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri.


Anggota jawatankuasa eksekutif PKR itu menambah bahawa beberapa pihak yang telah menganiaya Anwar sebelum ini, berkonspirasi sekali lagi untuk menghalang beliau untuk menyandang jawatan tersebut.


Abdullah Sani membuat tuduhan pada 12 Ogos di Seremban ketika berkempen untuk Rafizi Ramli, yang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan PKR.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Rafizi bertanding ‘menentang’ Datuk Seri Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya. – The Star

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel