Connect with us

Berita Lain

Beli senjata tanpa lesen, wang kastam hangus RM1.5 juta

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
gagal memanfaatkan 304 unit senjata api bernilai RM1.5 juta yang dibeli sejak
2015 kerana perolehannya dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan lesen daripada
Polis Diraja Malaysia (PDRM). 
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dibentangkan
di Dewan Rakyat semalam, keadaan itu menyebabkan objektif pembekalan senjata
api berkenaan tidak tercapai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi menyelesaikan isu itu, ketua audit negara mengesyorkan
agar diadakan pertemuan dan perbincangan peringkat atasan antara JKDM dan PDRM.

Menurut laporan itu, senjata api berkenaan termasuk senjata
automatik, kini disimpan di Cawangan Operasi Marin dan Khidmat Sokongan ibu
pejabat JKDM iaitu sebanyak 234 unit 
dengan nilai RM917,600 dan di stor syarikat pembekal iaitu sebanyak 70
unit dengan nilai RM624,050.
Laporan itu juga mendapati kelemahan lain termasuk
pelantikan pegawai persenjataan dan pegawai teknikal persenjataan tidak
mengikut prosedur, verifikasi senjata api tidak dilaporkan secara bertulis dan
rekod keluar/masuk senjata api tidak diselenggarakan dengan lengkap dan
teratur. — Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel