Connect with us

Berita Lain

Belum terima gaji sebab urusan pelantikan belum selesai

PUTRAJAYA – Isu lantikan politik pegawai menteri serta
timbalan menteri yang belum menerima gaji adalah berikutan urusan pelantikan
yang belum selesai,  demikian menurut
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
JPA dalam satu kenyataan hari ini berhubung isu bayaran gaji
itu menjelaskan ia disebabkan oleh dokumentasi yang tidak lengkap dan tidak
memenuhi syarat pelantikan dalam perkhidmatan.
Selain itu, JPA berkata terdapat juga kes di mana pegawai
tidak bersetuju menerima tawaran pelantikan yang telah diluluskan oleh
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana berbeza dengan gred jawatan yang
dimohon.
“Sehingga kini, permohonan lantikan kontrak yang telah
diterima oleh JPA daripada pelbagai kementerian telah dikemukakan ke SPA  untuk pertimbangan,”kata JPA.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

JPA menjelaskan bahawa pengisian jawatan di kalangan
penjawat awam dibuat sama ada secara 
penempatan  khas atau pinjaman
manakala pengisian di kalangan bukan penjawat awam adalah secara kontrak.
Menurut JPA, kuasa melantik pegawai secara pinjaman atau
kontrak adalah SPA yang merupakan badan bebas yang mempunyai kuasa pelantikan
seperti mana termaktub dalam Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan manakala
pengisian secara penempatan khas diuruskan sepenuhnya oleh JPA.
Bagi pelantikan secara kontrak, calon hendaklah memenuhi
syarat yang ditetapkan antaranya Kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia, had umur tidak melebihi 60 tahun, laporan kesihatan yang
diperakukan sihat untuk berkhidmat dan tidak diisytiharkan bankrap, katanya.
JPA berkata melalui surat edarannya bertarikh 23 Julai 2018
telah memaklumkan proses pelantikan pegawai di pejabat anggota pentadbiran
hendaklah mematuhi kaedah pelantikan yang ditetapkan.
“Jika segala dokumen lengkap dan syarat tersebut telah
dipenuhi, urusan pelantikan boleh diselesaikan dalam tempoh maksimum dua minggu
dari tarikh penerimaan perakuan oleh SPA,”katanya.
Bagi permohonan yang telah diterima sehingga 3 Ogos (2018)
hari ini, sekiranya dokumentasi lengkap telah diperolehi, pelantikan dijangka
dapat diselesaikan selewat-lewatnya 15 Ogos ini (2018), katanya.
“JPA dan SPA akan sentiasa memastikan proses pelantikan
akan dipercepatkan sekiranya dokumentasi yang lengkap diterima,”kata JPA.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut JPA, bagi pengisian jawatan  secara penempatan khas yang melibatkan 27
pegawai, pelantikan  telah dilaksanakan
manakala pengisian secara pinjaman yang melibatkan enam pegawai pula sedang
dalam tindakan.
JPA berkata pelantikan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK), Setiausaha
Akhbar (SUA), Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK), Setiausaha Sulit (SUS) di
Pejabat Anggota Pentadbiran tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6
Tahun 2012(PP6/2012) – Perjawatan dan Perkhidmatan di Pejabat Menteri dan
Timbalan Menteri.
Menurutnya, mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun lalu
bersetuju supaya bilangan perjawatan di pejabat tersebut hendaklah mematuhi
PP6/2012 dengan tambahan satu (1) jawatan PTTK.
Mengenai dakwaan terdapat pegawai yang “ditamatkan” selepas
dua minggu berkhidmat, JPA berkata berdasarkan 
semakan, perkhidmatan pegawai tersebut tidak diteruskan oleh kementerian
berikutan telah melebihi jumlah perjawatan yang diluluskan dan tidak layak
untuk dilantik.
Sebuah tabloid 
sebelum ini melaporkan bahawa terdapat lantikan politik belum menerima
gaji selepas dua bulan berkhidmat. –Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel