Connect with us

Berita Lain

Bukan masa tepat naik gaji: PM



PETALING JAYA – Belum masanya untuk kerajaan menaikkan gaji penjawat awam di negara ini.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana kerajaan berdepan faktor kekangan kewangan selain jumlah kakitangan awam yang mencecah 1.6 juta orang adalah ramai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kita terpaksa bayar hutang negara dan ini bukan masa yang tepat bagi kita untuk memberi gaji yang lebih tinggi kepada penjawat awam.


“Kami mempunyai dasar dan tidak dapat melakukan dengan segera kerana kedudukan kewangan kami. Ingat, kami majikan yang besar kerana kami ada 1.6 juta kakitangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli pimpinan tertinggi Bersatu di sini, malam tadi.


Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, kesihatan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berada dalam keadaan baik.


“Saya ada melawat dan beliau baik. Rawatan ambil masa panjang dan beliau perlu jalani rawatan susulan termasuk kimoterapi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Muhyiddin bercuti sakit sejak 12 Julai lalu dan Dr Mahathir kini memangku tugasnya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel