Connect with us

Berita Lain

Bukti ada pada Mahathir, kata Abdullah Sani


Anggota Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata,
bukti campur tangan pihak tertentu yang didakwa cuba menghalang pelantikan
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ada pada Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang mahu beliau
mengemukakan bukti jika benar ada campur tangan pihak tertentu yang menghalang
pelantikan Anwar sebagai perdana menteri ke-8.
“Bukti ada dua perkara. Bukti satu adalah chemistry
antara Anwar dan Dr Mahathir, yang keduanya bukti pada tubuh yang bercakap
hendak bukti itu, itu bukti dia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada tubuhnya, pada Dr Mahathirlah sebab dia yang akan
mengenal pasti berapa lama dia mahu pegang, berapa lama dia nak serahkan, bila
dia nak serahkan. Itulah buktinya,” kata Abdullah Sani yang dipetik oleh
portal Utusan Online hari ini.
Abdullah Sani yang bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan
Pusat dalam pemilihan PKR akan datang berkata beliau benar-benar yakin Timbalan
Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan Tun Daim Zainuddin –
bekas menteri kewangan dan penasihat Mahathir – untuk menghalang pelan
peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen Pakatan Harapan
(HARAPAN).
Diminta membuktikan dakwaan itu, Abdullah Sani membangkitkan
kenyataan Daim sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk Anwar menggantikan
Mahathir sebelum PRU akan datang.
Apabila ditanya mengenai sejauh mana tahap keyakinan beliau
bahawa Dr Mahathir akan menyerahkan kuasa kepada Anwar, Abdullah Sani hanya
menjawab,”Kau (wartawan) yakin tak? Tak ada jawapannya? Ada pada kaulah.
Maknanya kau dah ada jawapannya. Itulah jawapan dia.”
Sementara itu, portal tersebut turut memetik Abdullah Sani
sebagai berkata, kenyataan beliau berhubung isu berkenaan tidak akan
mengakibatkan perpecahan dalam HARAPAN.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Tidak akan tergugat. Gugat apa? PKR dan DAP sahaja ada
dekat 100 kerusi. Tak tergugat langsunglah. Tak ada tergugat.
“Yang cakap semua ini bukan parti DAP ataupun PKR. Yang
bercakap ini adalah parti yang minoriti. Jangan cakap pasal perpecahan.
Perpecahan tidak berlaku begitu,” kata Abdullah Sani.
Sebelum ini beberapa ahli BERSATU memberi amaran agar Dr
Mahathir dan Daim tidak dilibatkan dalam persaingan kem dalam PKR menjelang
pemilihan parti itu.
Antaranya, Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU , Wan
Saiful Wan Jan yang mahu ahli PKR beradab dan jangan memfitnah pemimpin parti
lain.


– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel