Connect with us

Berita Lain

‘Buktikan Arul Kanda dapat gaji lebih besar sebelum 1MDB’ – Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng – Foto: NST

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan bukti pembayaran gaji RM5 juta kepada
bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
Katanya beliau mahu bekas perdana menteri menunjukkan bukti
berkenaan agar rakyat Malaysia dapat mengetahui ke mana wang negara digunakan.
“Saya nak tanya bolehkah mantan perdana menteri tunjuk
bukti bahawa Arul mendapat RM10 juta satu tahun dan RM5 juta untuk tempoh enam
bulan, ini kerana beliau (Najib) menyatakan Arul mendapat gaji lebih tinggi
semasa bekerja di tempat swasta.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi saya harap mantan perdana menteri boleh tunjuk
bukti,” katanya kepada pemberita selepas sidang media filem ‘Rise Ini
Kalilah’ di George Town, hari ini.
Lim turut membidas kenyataan bekas perdana menteri bahawa
Arul telah banyak berkorban dan memberikan sumbangan terhadap 1MDB, sebaliknya
Lim berkata 1MDB hanya sebuah syarikat yang rugi dan mempunyai hutang yang
banyak.
“Dia (Arul ) korbankan apa, apa yang dia rugi,
sebenarnya kita boleh lihat Arul untung RM5 juta dalam tempoh enam bulan dan
ini ditandatangani oleh Najib sendiri. So apa kata bekas perdana menteri, kita
bukan nak dendam, kita hendakkan akauntabiliti, mananya pergi wang negara dan
mengapa kita hutang sampai RM50 bilion untuk skandal 1MDB.
“Sekiranya kita hendak menyiasat akauntabiliti dan
ketelusan ini pun dikira dendam, macam ini 30 juta rakyat Malaysia pun
berdendamlah. 30 juta rakyat Malaysia pun nak tahu mana wang pergi, mengapa
kita hutang begitu besar sampai RM50 bilion untuk satu skandal 1MDB .Ini belum
kira skandal-skandal lain. Satu syarikat 1MDB sudah hutang RM50 bilion dan rugi
begitu besar,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Lim berkata beliau memberikan masa kepada Najib untuk
menunjukkan bukti berkenaan sebelum perbicaraan kesnya di mahkamah dimulakan.
Sebelum ini, bekas perdana menteri itu dilaporkan
mempertahankan pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada Arul yang disifatkan
sebagai mendapat gaji lebih rendah ketika Arul berkhidmat dengan 1MDB
berbanding jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di
Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Najib turut dilapor berkata Arul sanggup menerima gaji jauh
lebih rendah untuk bertugas dengan 1MDB dan malah berjaya mengurangkan hutang
syarikat milik negara itu daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion.
-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel