Connect with us

Berita Lain

Dera budak tadika, KPM tarik balik permit mengajar dua guru


PUTRAJAYA, 14 Ogos — Kementerian Pendidikan (KPM) telah
menarik balik permit mengajar dua orang guru yang terlibat mendera murid dalam
kejadian di sebuah tadika swasta di Melaka yang tular di media sosial semalam.
KPM dalam kenyataan hari ini berkata langkah itu bagi
memastikan mereka tidak lagi mempunyai sebarang interaksi dengan murid atau
bertugas di tadika berkenaan.
“Pihak pengusaha turut diberi amaran keras berkaitan
kecuaian dalam pengoperasian mengendalikan pendidikan kepada kanak-kanak dalam
kohort umur empat dan lima,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kementerian itu berkata kejadian tersebut berlaku di sebuah
tadika di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh 
iaitu sebuah tadika swasta berdaftar dengan KPM.
KPM juga telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
untuk membantu pengurusan dan pengoperasian tadika semasa sesi pembelajaran
berlangsung.
KPM berkata ia turut menyerahkan kepada Polis Diraja
Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan lanjut ke atas guru terbabit susulan
laporan polis yang dibuat pada Sabtu lepas (11 Ogos) oleh pengurus tadika
tersebut.
Menurut laporan media, dua guru yang berusia 21 dan 40 tahun
itu telah ditahan polis Sabtu lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31
(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Video pertama yang tular di laman sosial berdurasi 2 minit
10 saat menunjukkan tindakan seorang guru mengangkat kanak-kanak perempuan di
pusat itu dan meletakkannya di atas tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang
terbaring.
Sementara video kedua yang berdurasi 36 saat menunjukkan
tindakan salah seorang guru terbabit menampar seorang kanak-kanak lelaki
sehingga terjatuh dari kerusi. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel