Connect with us

Berita Lain

Dr M: ECRL, saluran paip gas Sabah dibatalkan


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) bernilai berbilion ringgit, dibatalkan.
Perdana menteri berkata Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang memahami sebab-sebab pembatalan dua projek yang disokong kerajaan China itu.
“Saya telah menjelaskan kepada mereka, dan mereka memahami kedudukan dan menerimanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada peringkat awal, berlaku salah faham, namun kini mereka faham mengapa kita lakukannya (batal). Saya tidak fikir China mahu kita muflis,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan lima harinya ke China.
Menurut laporan Malaysiakini, Dr Mahathir berkata projek terbabit membabitkan peruntukan wang yang besar, dan Malaysia tidak terlalu memerlukannya pada masa ini berikutan kedudukan kewangan negara dengan jumlah hjutang yang tinggi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.
“Projek tidak diteruskan. Keutamaan kami ialah mengurangkan hutang. Buat masa ini ia ditangguhkan sehingga kita mampu,” kata perdana menteri, namun apabila wartawan meminta penjelasan lanjut, berkata : “Ya ia (projek) dibatalkan buat masa ini.”
ECRL, projek bernilai RM81 bilion sejauh 688 km yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu, Kelantan, yang dilancarkan tahun lepas, dijadual siap pada 2024, manakala TSGP yang meliputi pemasangan saluran paip gas sepanjang 662 km dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau, melibatkan kos RM4 bilion.
Perlaksanaan kedua-dua projek itu digantung sejak Julai lalu.
Dr Mahathir sebelum ini berkata syarat sedia ada projek yang dijalankan oleh kerajaan terdahulu tidak baik, antara lain, wang dibayar tanpa mengira kemajuan pembinaan.
Pentadbiran kerajaan baharu turut mengesan syarat kontrak yang diberikan kepada syarikat China, termasuk mengimport bahan dan pekerja dari China, sekali gus rakyat Malaysia tidak memperoleh manfaatnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir mengecam bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebodohannya melaksanakan projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada negara, bahkan membebankan kerajaan sekarang dengan hutang yang besar. 
“Rombongan yang datang juga bertujuan untuk mencari penyelesaian hutang Najib masa dia jadi PM. Hutang berbilion ringgit untuk projek yang tidak bermanfaat kepada negara,” kata Dr Mahathir.
“Kita perlu membayar atas kebodohan Najib…sangat bodoh… menjejaskan kepentingan kita,” katanya.
Dr Mahathir berkata tidak ada lagi perjanjian projek  yang menjejaskan kepentingan Malaysia dibenarkan pada masa depan.
Ditanya mengenai pampasan yang perlu dibayar ekoran pembatalan projek-projek berkenaan, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel