Connect with us

Berita Lain

Dr M ingatkan jemaah menteri agar peka dengan isu MARA

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan jemaah menteri agar
berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan Majlis Amanah Rakyat
(MARA).
Perdana Menteri berkata banyak kenyataan yang dilontarkan
mengenai agensi itu yang mempengaruhi pandangan masyarakat umum.
“Ia sudah menjadi isu yang sensitif yang perlu diberi
perhatian oleh parti BERSATU dan Pakatan Harapan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri
supaya mereka faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang
ramai,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat
kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malam tadi.
Beliau berkata PAKATAN HARAPAN perlu peka dengan pandangan
orang ramai agar terus mendapat sokongan.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan mahu mencontohi
budaya Jepun terutama dalam melahirkan anak bangsa yang cemerlang.
Beliau berkata rakyat negara Matahari Terbit itu mempunyai
etika yang tinggi dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Namun, sudah tentu kita tidak boleh buat perkara yang
sama di sini. Banyak anak muda kita yang tidak berminat belajar dan bekerja,
sebaliknya mereka lebih berminat jadi mat rempit dan melakukan kegiatan tidak
membina.
“Kita perlu tangani masalah ini,” katanya yang
mengadakan lawatan ke negara itu baru-baru ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau berkata kerajaan perlu mencari jalan bagi mengatasi
masalah itu termasuk melihat kepada sistem pendidikan untuk melahirkan bakal
pemimpin negara pada masa depan.
Mengenai pelaksanaan gaji minimum, Dr Mahathir berkata ia
akan dilaksanakan secara berperingkat.
“Seiring dengan peningkatan dalam pendapatan, produktiviti
juga mesti meningkat dan kita perlu pastikan produktiviti mengikut kenaikan
gaji kerana kita tidak mahu kos sara hidup yang tinggi,” katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel