Connect with us

Berita Lain

Dua acara rasmi sempena ulang tahun Agong dibatalkan


Istana negara membatalkan dua acara rasmi bersempena sambutan
ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang
dijadual pada 9 Sept depan iaitu istiadat hari keputeraan rasmi dan jamuan teh
diraja.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad
Dahlan Ab Aziz, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam tadi, lapor Malaysiakini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, Sultan Muhammad V juga menitahkan agar
peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara berkenaan dikembalikan semula
kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.
“Manakala acara-acara rasmi sempena sambutan ulang
tahun keputeraan rasmi baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang
telah dirancang.
“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada
kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi
sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda bagi tahun
2018,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Maahthir Mohamad
dilaporkan berkata kutipan Tabung Harapan akan dihentikan bulan depan.
Tabung berkenaan dilancarkan pada 30 Mei bagi membolehkan
rakyat Malaysia membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.
Sehingga kini tabung berkenaan berjaya mengumpulkan sebanyak
RM179.9 juta setakat jam 3 petang hari ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel