Connect with us

Berita Lain

‘Ellie, kau terlebih minum ketum ke?’

Cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyelar
sikap Ellie Suriaty Omar yang disifatkannya kerap bermain sandiwara kerana
tidak dapat menerima kekalahan parti pilihannya, BN.
Bagi Chef Wan, Ellie tidak serik-serik tampil dengan teori
sendiri dan terbaru mendakwa pembentukan kerajaan sekarang berlaku ekoran
rakyat negara ini mempercayai fitnah-fitnah ditabur Pakatan Harapan (HARAPAN).
“Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payahlah main
drama dan sandiwara macam kau tu Ellie.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita tinggal dalam dunia yang mengamalkan demokrasi,
seperti dalam mana-mana pertandingan pun ada yang menang dan ada yang kalah.
“Hanya penakut tidak boleh menerima yang mereka ini sudah
tewas dan masing-masing tak habis-habis menyalak tak sudah, apa hal?” katanya
dalam Instagram.
Kata Chef Wan, pengundi yang menolak BN pada pilihan raya
umum (PRU) ke-14 yang lalu pasti mengikuti dan memahami perkembangan situasi
politik dalam negara.
Jelasnya, rakyat mengundi berdasarkan fakta, angka dan
melihat bagaimana pencapaian kerajaan terdahulu yang terbabit pelbagai skandal.
“Nak lampu suluh ke untuk lihat semua ini? Dia ingat kita
tak ada kerja lain melayan fitnah itu dan ini macam mereka.
“Kami hanya menggunakan akal fikiran, kebebasan dan
kejujuran, malangnya kamu tidak ada itu Ellie!” katanya.



Tambahnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,
rakyat Malaysia keluar secara bebas membuang undi pada PRU ke-14 9 Mei lalu.
“Dasar bangang tak tahu ke apa itu hak rakyat yang
masing-masing yang mengundi dengan bebas tanpa was-was atau pun di dalam
ketakutan?” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kata Chef Wan lagi, rakyat seharusnya bersedia untuk memberi
peluang kepada HARAPAN dalam mentadbir negara selama tempoh lima tahun ini.
Katanya, kerajaan sudah pun ditubuhkan malah rakyat Malaysia
tidak berjanji untuk memberikan hak memerintah pada mana-mana parti buat
selama-lamanya.
“Dia lupa kepada kuasa majoriti yang mengundi atau dia bodoh
dan sombong? Nak berjuang balik tunggulah pilihan raya seterusnya dan sementara
itu belajar la dari kesilapan sendiri masing-masing untuk menebus balik
kepercayaan rakyat negara ini.
“Adakah jelas dia ni meroyan sejak kebelakangan ini? Kau
terminum air ketum lebih ke? Belum pun empat tahun mereka memerintah kau dah
burukkan mereka! Kau tu siapa? Kau ado?” katanya. – Malaysiakini


Adoi, kasihan pulak membaca comment manusia2 mcm ni kan. Tak serik2 la pulak. Fitnah ke tidak itu semua hak kita masing2 untuk memilih kerjaan baru. Tak siapa pun rasuah kita sesen pun atau di beri makan dedak to vote for this current adminstration. Dasar bangang tak tahu ke apa itu hak rakyat yg masing2 yang mengundi dengan bebas tanpa was2 atau pun didalam ketakutan? We lived in a democracy world pun. Like in any pertandingan pun ada yg menang dan ada yg kalah. Only cowards cannot except yg mereka ini sudah tewas dan masing2 tak habis2 menyalak tak sudah, apa hal? Lagi kita buka mulut lagi la nampak kebodohan kita sendiri tambahan pula segala pekong di dada tu habis di sebar kan satu persatu dik media. Kerajaan sudah pun di tubuh dan rakyat Malaysia pun tidak janji any parti in this country to sign mati pun memerintah negara ini! She forget the power of the people vote yang majority or she is just plain stupid and arrogant? Nak berjuang balik tunggu lah next election dan sementara tu belajar la dari kesilapan sendiri masing2 untuk menebus balik kepercayaan rakyat di negara ini. Eeee isnt it so obvious dia ni meroyan off lately ni. Kau terminum air ketum lebih ke?🤣🤣 Fitnah? Kita yang mahu menuju ke jalan kebenaran tak payah la main drama dan sandiwara mcm kau tu la Ellie. Allah melihat segala galanya kepada kami sampai apa yg terdetik di hati kita ini ketika menulis ini pun bukan fitnah tetapi nak sedar kan kau orang tu semua pun! We just vote on fakta, figures and how the performance of the last government to all the stupid things our past ministers yg sombong have done sampai la pelbagai scandal yg terjadi. Nak lampu suluh ke to see all this? Dia ingat kita tak ada kerja lainnya melayan fitnah itu dan ini mcm mereka. We just use our bloody common sense , wisdom and honesty and unfortunately u dont have that nampaknya Ellie! Even a simple knowledge on Mathermatics pun dah cukup Kak hoi!🤣🤣🤣🤣 Yg kata kerajaan skrg ni pun bukan baik pun eh cepat betul kau menilai? Choi! belum apa dah bersangka buruk yg sepatutnya kita berdoa yg baik2 bukan di sebaliknya. Belum pun 4 tahun mereka memerintah pun kau dah buruk kan mereka! Kau tu siapa? Kau Ado?🤣🤣🐴🐴
A post shared by chef wan (@_chefwan58) on Jul 30, 2018 at 10:05pm PDT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel