Connect with us

Berita Lain

Fitnah Najib: PH gagal cipta bukti


KUALA LUMPUR – Kerajaan PH masih gagal mencipta bukti ke atas fitnah kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencuri duit 1MDB sebanyak RM2.6 bilion.

Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ini berikutan tiga lagi pendakwaan yang dijangka dikenakan ke atas Najib esok mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Mereka fikir dengan menambah tuduhan ke atas Najib berhubung duit Umno yang mereka rampas beserta barang kemas dan perhiasan yang kebanyakannya merupakan hadiah diterima Najib, Datin Seri Rosmah dan ahli keluarganya akan mengekalkan persepsi buruk rakyat terhadap Najib dan keluarganya.

“Amat jelas, kehilangan 9,000 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Kandis masih gagal memberikan pengajaran kepada kerajaan PH bahawa rakyat mula muak dengan politik fitnah yang mereka mainkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa, kerajaan PH hanya mampu menambah pendakwaan berdasarkan harta dirampas selepas PRU14 selepas gagal meyakinkan rakyat tentang fitnah yang direka.

“Saya tidak fikir rakyat Malaysia terlalu bodoh untuk membezakan tuduhan yang menyebabkan Najib kehilangan majoriti di Parlimen dengan tuduhan berkaitan penemuan baharu yang sekadar untuk menunjukkan ada pendakwaan dilakukan ke atasnya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Lokman turut menyeru NGO dan rakyat Malaysia memberikan sokongan moral kepada Najib di mahkamah esok. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel