Connect with us

Berita Lain

Guan Eng: Selepas dipamerkan, Equanimity dijual pada pembida tertinggi

Kerajaan bercadang untuk menjual Equanimity selepas semua
dokumen berkenaannya selesai dan juga kemungkinan pameran awam terhadap kapal
pesiar mewah itu, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Peguam negara (Tommy Thomas) akan memastikan semua
dokumen lengkap, semua kawalan dikenakan dan jika boleh memastikan setiap aset
di dalamnya disenaraikan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dan jika mungkin, saya harap orang awam juga boleh
melihatnya. Mungkin bukan keseluruhan kapal, hanya sebahagian
(daripadanya),” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, lapor Malaysiakini.
Selepas itu, katanya lagi, kerajaan akan berusaha menjual
kapal berharga RM1 bilion itu kepada pembida tertinggi.
“Kementerian kewangan mahu mendapat nilai terbaik. Maka
selepas ia dipamerkan, kapal itu perlu dijual agar rakyat dapat sesuatu
(daripadanya).
“Saya tidak tahu berapa banyak (wang) yang kita boleh
dapat balik tetapi kita akan cuba (untuk dapatkan) sebanyak mungkin,”
katanya.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu
mengalu-alukan kemasukan kapal itu ke perairan Malaysia dan berharap akan dapat
melihatnya sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Saya amat bangga aset 1MDB sudah pulang ke Malaysia
dan kita harap polis dan pihak berkuasa akan ambil tindakan (berdasarkan)
undang-undang negara dan antarabangsa.
“Saya juga mahu pergi dan mengalaminya sendiri kerana
kita tidak pernah melihat kapal yang begitu mewah,” katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel