Connect with us

Berita Lain

Hadi minta PH teruskan konsep BR1M, bantu rakyat miskin


MARANG, 26 Ogos — PAS meminta kerajaan Pakatan Harapan
meneruskan bantuan kepada rakyat miskin mengikut konsep Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bantuan
kepada rakyat yang berpendapatan rendah atau miskin tidak sepatutnya dihapuskan
sebaliknya wajar diteruskan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apa yang penting konsep membantu orang miskin adalah konsep
yang perlu dikekalkan dan perlu dilakukan pembaikan jangan dihilangkan begitu
sahaja. Kena usahakan supaya betul-betul dapat mengatasi masalah kemiskinan
rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan
program melabuh unjam di perairan Marang, di sini hari ini. Turut hadir
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Dr
Azman Ibrahim.
Semalam, Perdana Menteri 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemberian BR1M akan dikurangkan sedikit
demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengulas projek Laluan Rel
Pantai Timur (ECRL) yang dilihat akan menjadi pemangkin kepada ekonomi Pantai
TImur.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tindakan untuk membatalkan (projek ECRL) tidak mudah kerana
ada perjanjian yang telah dimeterai dan ada perjanjian antarabangsa yang perlu
dihormati. Mungkin akan alami banyak masalah sama ada dibatalkan atau
diteruskan, tetapi kita perlu melihat mana yang terbaik,” katanya.
Katanya kerajaan perlu sedar bahawa projek ini satu
kemudahan di kawasan Pantai Timur dan jika terdapat perjanjian yang tidak
menyenangkan, ia adalah tertakluk kepada kerajaan untuk berunding dengan China.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel