Connect with us

Berita Lain

Kapal polis marin iringi kepulangan Equanimity ke Malaysia

Kapal persiaran Equanimity kembali ke perairan Malaysia buat
kali pertamanya semenjak HARAPAN mengambil alih pentadbiran negara.
Menurut laman penjejak kapal, Vessel Finder, Equanimity
merentas sempadan di antara Indonesia dan Malaysia dari Batam di antara jam
5.21 ke 5.29 petang tadi, seperti dilaporkan portal Malaysiakini.
Dari Batam, kapal polis marin KPD Setia mengiringi
Equanimity dan pada jam 6 petang tadi, kedua-dua kapal melabuhkan sauhnya
kira-kira dua batu nautika di perairan Pengerang, Johor.
Awal hari ini, dilaporkan Equanimity dikatakan akan tiba di
pelabuhan Port Klang besok.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik Harian Metro, Kerajaan Indonesia menyerahkan kapal berkenaan kepada
kerajaan Malaysia atas permintaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
semasa kunjungan beliau ke negara berkenaan Jun lalu.
Terdahulu, Dr Mahathir dalam kenyataannya melalui akaun
Facebook miliknya berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo dan
pihak berkuasa Indonesia kerana menyerahkan kapal layar mewah itu kepada
Malaysia, hari ini.
“Saya ucap terima kasih kepada Indonesia kerana memberi
kerjasama erat dengan Malaysia dan menyelesaikan satu daripada masalah yang
kita hadapi kerana kita percaya kapal ini adalah milik kerajaan Malaysia kerana
dibeli dengan duit Malaysia yang dicuri pihak tertentu.
“Kalau ada mana-mana pihak yang ingin dakwa bahawa kapal ini
mereka punya, mereka boleh tunjuk bukti yang kapal ini dimiliki mereka. Kita
(kerajaan) ingin tahu dari mana mereka mendapat wang yang begitu banyak untuk
membeli kapal yang begitu mahal harganya,” katanya dalam satu rakaman video
dalam laman Facebook miliknya, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Menurutnya, sekiranya pemilik dapat membuktikan pembelian
kapal itu menggunakan wang mereka maka pihak berkenaan akan menerima kembali
kapal berkenaan daripada kerajaan Malaysia.
Katanya, mengikut laporan dan siasatan awal DoJ Amerika
Syarikat, kapal berkenaan dibeli dengan wang yang dicuri daripada 1MDB.
“Saya betul-betul berterima kasih kepada kerajaan Indonesia
dan Presiden Indonesia, bapak Jokowi kerana menyelesaikan masalah yang dihadapi
oleh Malaysia,” katanya. 
– Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel