Connect with us

Berita Lain

Kastam tuntut RM19.4 bilion tapi tak diluluskan


PUTRAJAYA: Sebanyak RM19.4 bilion telah dituntut oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk pembayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi tidak diluluskan oleh Tabung Amanah.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam berkata, daripada keperluan pembayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion yang telah dilaporkan, hanya RM63.5 bilion pembayaran balik GST telah dibayar melalui Tabung Amanah bagi sepanjang tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion.

Berikut adalah kenyataan media penuh oleh Subromaniam:

“Tabung Amanah adalah satu Kumpulan Wang yang diwujudkan bagi tujuan pembayaran balik GST di bawah Seksyen 54, Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (2014).

“Semua bayaran GST dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Disatukan yang kemudiannya akan dipindahkan kepada Tabung Amanah untuk membolehkan pembayaran balik GST dapat dilaksanakan.

“Dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018, Kastam telah melaporkan dalam Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan bahawa keperluan pulangan balik GST adalah berjumlah RM82.9 bilion.

“Jumlah ini adalah berdasarkan kepada Borang GST-03 (untuk menuntut bayaran balik GST) yang telah difailkan ke dalam sistem GST Kastam oleh pembayar cukai.

“Walau bagaimanapun, daripada keperluan pembayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion yang telah dilaporkan, hanya RM63.5 bilion pembayaran balik GST telah dibayar melalui Tabung Amanah bagi sepanjang tempoh yang sama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Kastam ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.

“Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion”. – Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel