Connect with us

Berita Lain

‘Kita cuma henti langganan, bukan nak bakar Utusan’


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kementerian
pendidikan hanya menghentikan langganan terhadap akhbar milik Umno, Utusan
Malaysia, bukannya melarang akhbar itu daripada dibaca.
“Langganan dihenti tapi kita tak larang orang nak baca,
bacalah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Setuju dengan langkah itu, Mahathir berkata kakitangan
institusi bawah kementerian pendidikan yang mahu membaca akhbar itu boleh
membelinya sendiri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pasal apa kita nak beli akhbar yang selalu hentam
kita?
“Tetapi jika hendak baca, bebas untuk beli di luar
sekolah (dan institusi lain bawah kementerian itu). Kita tak ada nak koyak atau
bakar (Utusan Malaysia),” katanya lagi.
Menurut laporan Malaysiakini, Tun Mahathir mengulas mengenai memo Kementerian Pendidikan yang mengarahkan
semua sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya
untuk menghentikan langganan terhadap Utusan berkuatkuasa serta-merta.
Memo bertarikh 18 Julai itu daripada pegawai khas menteri
pendidikan, Wan Saiful Wan Jan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) Datuk Abd
Aziz Sheikh Fadzir semalam memaklumkan belum menerima apa-apa makluman tentang
perkara itu tetapi berkata akan berjumpa dengan pihak kementerian untuk berbincang
secara lanjut.
Berhubung dakwaan kakitangan lantikan politik dalam kerajaan
yang dilantik sejak HARAPAN mengambil alih belum mendapat gaji, Mahathir
meminta mereka agar bersabar.
“Kena sabar, kita ubah kerajaan lepas 60 tahun bukan sesuatu
yang kita buat setiap hari. Proses sedang berjalan dan ia ambil masa,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel