Connect with us

Berita Lain

Mat Sabu tegas tidak ulang kelemahan BN



KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan pihaknya tidak akan mengulangi sebarang kelemahan yang dibuat BN ketika memegang kementerian itu.


Namun menurutnya, beliau tidak akan menolak untuk meneruskan apa-apa yang baik demi keselamatan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Saya boleh mengambil sikap meletakkan kesalahan pada kerajaan dulu tapi itu tak selesaikan masalah. Jadi mana-mana kelemahan kita akan baiki dan tak akan diulang tapi mana yang baik kita akan teruskan.


“Sekarang saya fikir untuk perkuatkan keselamatan negara sebab insya-ALLAH BN tak akan kembali dalam masa terdekat jadi itu tanggungjawab kami,” katanya ketika menjawab soalan tambahan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Sebelum ini, Datuk Danyal Balagopal Abdulah (B) (PH-Port Dickson) mengemukakan soalan tambahan kepada menteri sama ada kerajaan baharu akan campur tangan dengan perancangan termasuk berkaitan peruntukan untuk keselamatan negara.


Dalam pada itu, Mohamad berkata misinya kini untuk menjadikan keselamatan negara nombor satu kembali seperti puluhan tahun lalu.


“Kita akan bincang dgn segala kepakaran dalam tentera udara, laut, PAT kita nak meletakkan semula (negara).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sekarang ini kedudukan laut, darat, udara di Asia Tenggara kita berada paling bawah. Vietnam jauh ke hadapan Indonesia nombor satu.


“Malu kita kalau pergi peringkat antarabangsa tapi saya akan jadikan Malaysia ‘great again, jadi nombor satu semula,” katanya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel