Connect with us

Berita Lain

MB Negeri Sembilan sokong jual Equanimity


Keputusan untuk menjual kapal mewah Equanimity merupakan
langkah tepat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan tidak perlu
menanggung beban kos penyelenggaraan kapal tersebut.
Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun berkata kos
penyelengaraan kapal tersebut yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM3 juta
sebulan tidak sepatutnya dibebankan kepada kerajaan, sebaliknya penjualan kapal
itu dapat membantu kerajaan memulihkan semula ekonomi negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Adalah lebih baik kapal itu dijual, hasil daripada
penjualan itu nanti dapat membantu kerajaan memulihkan semula ekonomi negara,
sekaligus membantu meningkatkan keperluan rakyat,” katanya kepada
pemberita selepas merasmikan penutupan IJM Land Half Marathon di Seremban, hari
ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan
Belia dan Sukan Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani, Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan
Nicole Tan Lee Koon dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban Datuk Zazali
Salehudin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kapal mewah itu dianggarkan bernilai RM1 bilion, dipercayai
mempunyai hubung kait dengan seorang ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low
Taek Jho, atau Jho Low, kini berlabuh di Boustead Cruise Centre, Pelabuhan
Klang selepas tiba di Malaysia pada 7 Ogos setelah diserahkan oleh pihak
berkuasa Indonesia.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel