Connect with us

Berita Lain

Menteri tiada pengalaman, PM kekal majlis penasihat

Foto: Malay Mail

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad menegaskan khidmat Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) masih diperlukan
kerana mereka mempunyai banyak pengalaman untuk menyelesaikan pelbagai isu
penting.
Beliau berkata walaupun kerajaan mempunyai barisan Kabinet
penuh tetapi ramai daripada anggotanya adalah baharu dan tiada berpengalaman
untuk menyelesaikan sesuatu isu.
“Saya perlu mengakui Kabinet kami tiada pengalaman dan ramai
yang baharu. Saya perlu bekerja dengan cepat dan saya perlukan seseorang yang
berpengalaman untuk menyusun sesuatu tugas.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Menteri baharu tidak berapa tahu mengenai tanggungjawab
dalam setiap kementerian. Mereka masih tercari-cari jalan dan mereka tidak
boleh melakukan banyak siasatan,” katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu
berkata demikian kepada Bernama, New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan
Malaysia selepas merasmikan sesi town hall pertama parti berkenaan di sini hari
ini.
Dr Mahathir berkata MPK akan dikekalkan dan diketuai bekas
Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sementara peranan majlis itu akan
diperbaharui.
Ditanya mengenai pelantikan Dr Muhammad Abdul Khalid sebagai
penasihat ekonominya, Dr Mahathir berkata beliau (Muhammad) tidak berada dalam
MPK tetapi sebaliknya berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada beliau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya memerlukan analisis berterusan mengenai apa yang berlaku
dalam ekonomi negara,” katanya.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) melantik Muhammad sebagai
Penasihat Ekonomi kepada Dr Mahathir berkuat kuasa 27 Ogos ini.
Muhammad kini merupakan pengarah urusan dan ketua pakar
ekonomi firma DM Analytics Malaysia.
Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat di Institut
Penyelidikan Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (Isis). — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel