Connect with us

Berita Lain

Najib cabar Guan Eng turunkan harga minyak

Foto: FMT

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak mencabar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menurunkan harga minyak seperti
dijanjikan.
Menurut Najib, Guan Eng perlu membuktikan beliau benar-benar
mahu membantu golongan B40 di negara ini.
“Guan Eng perlu buktikan bahawa dia benar-benar mahu
membantu golongan B40 dan bukan hanya mahu menolong golongan kaya, peniaga dan
ekonomi gelap untuk mengelakkan cukai atau membantu pengaliran dana haram ke
luar negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dia patut turunkan harga petrol seperti mereka
janjikan, hapuskan tol, turunkan harga elektrik dan gas bukan dinaikkan
sebagaimana berlaku bulan lepas, naikkan gaji penjawat awam dan bayaran BR1M
seperti kerajaan BN dahulu,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi, lapor Sinar Harian.
Semalam, Guan Eng menegaskan kerajaan terus membantu
golongan B40 melalui penstabilan harga petrol dan pemberian BSH.
Menurut Najib, Guan Eng juga mesti menjamin tiada kenaikan
harga barang selepas mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bulan
depan.
“(Guan Eng juga perlu) menjamin bahawa bantuan serta
bayaran bonus kepada peneroka, petani dan nelayan tidak akan dibatalkan.
“Saya sedia mengaku saya tersalah sangka jika Guan Eng
boleh membuat demikian,” katanya.
Beliau akui terkejut dengan kenyataan Guan Eng sebelum ini
yang menyebut PH mempertahankan golongan miskin melalui Bantuan Sara Hidup dan
penetapan harga petrol.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“BSH itu sebenarnya BR1M yang kerajaan saya luluskan
dalam Bajet 2018. Ia hanya ditukar nama namun hakikatnya ia adalah cetusan
inisiatif kerajaan BN. Malahan, jika BN menang bayaran ini sepatutnya RM800.
“Alasan kedua yang Guan Eng bagi ialah harga petrol
tetap RM2.20 satu liter walaupun harga minyak dunia sudah naik ke tahap US$70
(RM290) satu tong.
“Pada September 2013, apabila harga petrol RON95
dinaikkan 20 sen kepada harga RM2.10, harga minyak dunia ketika itu setinggi
US$120 (RM400 masa itu) satu tong.
“Ketika itu, Guan Eng pernah menjerit harga petrol
RM2.10 terlalu tinggi dan menuduh kerajaan saya zalim biarpun harga minyak
dunia pada masa itu jauh lebih tinggi dari sekarang,” katanya.
Tambahnya, “tetapi saya pelik mengapa harga petrol pada
tahap RM2.10 pada ketika harga minyak dunia ialah RM400 satu tong dianggap
tindakan kejam tetapi harga petrol RM2.20 hari ini pada ketika harga minyak
RM290 satu tong tidak zalim pula?”.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel