Connect with us

Berita Lain

‘Najib masih lagi ahli Parlimen, biarlah beliau bersuara’



KUALA LUMPUR – Berbeza pandangan dengan segelintir pimpinan Umno lain, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah tidak menghalang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bebas bersuara.


Pendirian beliau, Najib masih lagi seorang Ahli Parlimen Pekan dan berhak untuk bersuara malah tidak wajar dihalang menyuarakan pandangan secara terbuka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Malah menurut Tengku Razaleigh, Najib tidak sepatutnya diminta menjauhkan dirinya daripada Umno meskipun tidak lagi memegang jawatan dalam parti Melayu itu.


“Najib tak ada jawatan lagi, tapi  beliau boleh bagi komen dan pandangan, kerana masih Ahli Parlimen Pekan.


“Saya bukan nak pertahankan sesiapa, beliau (Najib) bertanding, masih jadi ahli Parlimen, beliau boleh bercakap bersuara jadi kita tak ada hak nak larang Najib,” jelasnya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.


Bekas Menteri Kewangan itu, memilih untuk bersikap terbuka kerana bagi dirinya, selagi seseorang tidak dibuktikan bersalah, ia masih tidak bersalah.


“Saya pandangan terbuka, selagi tidak dituduh bersalah seseorang itu belum lagi bersalah.


“Bahkan jika seseorang itu nak aktif atau tidak aktif bersuara, itu terpulang kepada dirinya sendiri,” ujarnya.


Mesra disapa sebagai Ku Li, beliau berkata, ada orang lain yang didakwa di mahkamah namun, masih menjalankan tugas selaku wakil rakyat di Parlimen. Ia bergantung kepada persepsi.


Katanya, bukan hanya seorang membawa imej negatif yang akan merosakkan parti mungkin disebabkan kelakuan orang lain juga.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Baru-baru ini, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta Najib menjarakkan diri daripada Umno berhubung terpalit skandal sewaktu pentadbirannya dulu.


Hari ini, Ahli Parlimen Rembau pula, menyokong saranan Nazri dan meminta Najib untuk memberi ruang dan peluang kepada Presiden Umno baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memacu hala tuju parti.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel