Connect with us

Berita Lain

Najib persoal kenapa Guan Eng baru sedar RM18b tunggakan GST

Najib Tun Razak – Foto: The Star

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempertikaikan bagaimana
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengambil masa sehingga tiga bulan untuk
menyedari terdapat tunggakan tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
sebanyak RM18 bilion.
Dalam catatan terbaharunya di laman Facebook, bekas perdana
menteri itu turut menyoal kenyataan Lim bahawa kerajaan tidak boleh membuat
bayaran itu kerana sudah ‘dirompak’ sedangkan RM18 bilion itu bukanlah suatu
angka yang kecil.
“Apa yang saya lihat, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)
sebenarnya tidak menjangkakan peningkatan mendadak tuntutan GST sebaik sahaja
ia disifarkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pengecualian cukai GST selama tiga bulan di mana kerajaan
tidak lagi memperolehi pendapatan daripada (hasil) GST atau Cukai Jualan dan
Perkhidmatan (SST) turut bermakna wang di dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan
yang sepatutnya disalurkan, mungkin sudah digunakan bagi menampung perbelanjaan
bulanan kerajaan,” katanya.
Najib berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia juga telah
mengesahkan kutipan GST tidak dicuri, dirompak atau disalurkan ke mana-mana
akaun tidak sah sebaliknya didepositkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah
Disatukan Kerajaan yang kemudian digunakan untuk membayar kepada akaun tuntutan
GST secara berkala.
“Tempoh yang disebut adalah sehingga 31 Mei 2018. Barisan
Nasional (BN) hilang kuasa pada 9 Mei 2018. Ini bermakna, permintaan untuk
menyalurkan dana ke akaun amanah tuntutan GST bagi bulan April dan Mei 2018
adalah di bawah pentadbiran Pakatan Harapan,” katanya.
Jelas Najib, jumlah tuntutan adalah berdasarkan kepada
borang GST-3, yang mana ia diisi oleh pemilik perniagaan untuk membuat tuntutan
yang kemudiannya bergantung kepada berapa jumlah yang sudah diaudit atau
diluluskan oleh pihak kastam.
“Ia adalah jumlah kasar dan bukan jumlah yang sudah
diluluskan. Berapa jumlah tertunggak yang sudah diaudit, ditolak atau
diluluskan oleh pihak kastam sebelum membuat permohonan dana dipindahkan ke
dalam akaun amanah tuntutan GST?” soal beliau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau juga bertanya daripada jumlah RM19.4 bilion tersebut,
berapa banyakkah tuntutan baharu berikutan langkah pensifaran GST.
“Biar pun mengambil kira tuntutan GST bagi April dan Mei
yang amat tinggi di mana ia bukan lagi di bawah kerajaan BN, lebih 76 peratus
daripada tuntutan GST sudah dibuat oleh kerajaan BN dan menunjukkan tidak
berlaku langsung rompakan seperti dituduh,” katanya.
Najib berkata, kutipan SST yang lebih rendah berbanding GST
akan memburukkan lagi keadaan yang mana kerajaan dijangka tidak akan memiliki
dana untuk membayar tuntutan GST tertunggak itu.
“Ini akan memberi kesan kepada pelabur yang risau janji Lim
bahawa kerajaan HARAPAN akan mencapai defisit bajet 2.8 peratus tidak akan
dapat ditunaikan.
“Tidak mencapai sasaran janji defisit bajet turut akan mengurangkan
keyakinan pelabur dan akan menyebabkan penarafan kredit negara ini diturunkan,”
katanya.
Beliau juga berharap siasatan pihak Polis Diraja Malaysia,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) akan mendedahkan perkara sebenar dalam isu terbabit.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel