Connect with us

Berita Lain

Nazri terkejut nilai rampasan, wang tunai RM100 juta


Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri
Aziz menyatakan rasa terkejut dengan nilai rampasan di kediaman yang dikaitkan
dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malah beliau sendiri tidak pernah mengetahui Najib dan
isterinya, Rosmah Mansor memiliki barangan mewah sebanyak itu.
“Saya tidak tahu tentang Rosmah. Saya tak tahu SRC
International Sdn Bhd (SRC).
“Jadi kita kena benarkan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk buat penyiasatan dan kalau ada kes prima facie,
dakwalah.
“Saya baru tahu duit RM100 juta, takkan saya nak marah
perdana menteri kalau dia buat macam tu (siasat). Itu sahaja,” katanya kepada
pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada Jun lalu, polis melakukan beberapa siri serbuan di
kediaman yang dikaitkan dengan Najib dan merampas pelbagai barangan mewah dan
wang tunai berjumlah RM116.7 juta dalam 26 mata wang.
Barangan yang dirampas terdiri daripada 567 beg tangan
mewah, 423 jam tangan, 234 cermin mata hitam dan lebih 10,000 unit barang kemas
yang mengikut pasaran dianggarkan antara RM910 juta dan RM1.1 bilion.
Najib dan pemimpin Umno lain mendakwa wang berkenaan adalah
milik parti itu.
Bekas perdana menteri itu juga berkata sebahagian besar
barangan yang dirampas adalah ‘hadiah’.
Najib kini menghadapi tujuh pertuduhan pecah amanah, salah
guna kuasa dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas anak syarikat
1MDB, SRC International.
Nazri dalam wawancara dengan Malaysiakini sebelum PRU14,
menegaskan Najib tidak bersalah dalam semua pertuduhan berhubung 1MDB.
“Pertama sekali, jika anda ingin rasa mudah
mempertahankan (seseorang), anda mesti percaya dia tidak bersalah. Jika saya
tidak percaya dia tak bersalah, maka ia akan jadi sukar,” katanya.
Nazri berkata kelantangan beliau dalam mempertahankan
Najib  sebelum ini disebabkan beliau
sentiasa percaya dengan apa yang dinyatakan oleh seseorang presiden parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


“Terkejut saya. Sebab saya percaya kita sebagai ahli parti
(kena sokong). Macam zaman Dr Mahathir dululah. Dia (Mahathir) presiden apa dia
cakap, kita tak siasat dah.
“(Mahathir) tuduh Anwar begitu begini kita setia,
begitu juga Pak Lah dan Najib, kalau apa yang mereka tak cerita pada kita, kita
sokong.
“Saya pilih untuk tak cakap banyak sebab saya nak tengok apa
lagi yang akan keluar dan tiada kesalahan yang dibuat oleh perdana menteri. Dan
(saya) tak sokong sekiranya duit rakyat dihilangkan,” katanya.
Ditanya mengenai kelantangnya sebelum ini dalam mempertahan
Najib, Nazri berkata beliau sudah lama berada dalam kerajaan dan agak sukar
menjadi pembangkang.
“Saya pernah duduk dalam kerajaan tapi selepas 28 tahun saya
nak bangkang kerajaan susahlah melainkan mereka ada buat kesalahan.
“Saya tiada budaya menentang perdana menteri, itu bukan
budaya saya.
“Saya rasa rakyat telah buat keputusan. Macam pada PRU14,
kita lawanlah, jadi selepas election, keputusan sudah dibuat.
“Nak lawan pasal apa lagi. Beri peluang, tunggulah dua
tahun sebelum PRU kita tengoklah nanti,” katanya.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel