Nasir (kiri) dan Krishnan memulakan larian di Medan Bandar Alor Setar bermula jam 9 pagi tadi.
ALOR SETAR – Veteran askar, Nasir Abas, 63 yang meneruskan larian kemerdekaan buat tahun ketiga berturut-turut berharap akan disambut oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya sempena sambutan kemerdekaan ke-61.
Beliau yang mesra disapa Pak Nasir memulakan larian di Dataran Bandar Alor Setar jam 9 pagi tadi akan mengambil masa selama 12 hari untuk menempuh perjalanan sejauh 500 kilometer bersama seorang lagi pelari, A Krishnan, 60.
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
Menurutnya, larian pertamanya sempena kemerdekaan pada 1997 disambut oleh Mahathir yang ketika itu adalah perdana menteri keempat.
“Saya berharap Tun Mahathir sudi untuk menyambut ketibaan saya di Putrajaya pada malam 30 Ogos nanti kerana beliau jugalah yang menyambut saya semasa larian pertama sempena sambutan kemerdekaan ke- 40.
“Jika ini berjaya direalisasikan, ia adalah sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh saya jika disambut oleh perdana menteri yang sama selepas 21 tahun,” katanya.
Nasir yang juga seorang iman di Kuala Kedah berpengalaman melakukan sebanyak 12 larian jauh setakat ini antaranya Tahun Melawat Sarawak 2003 selama 48 hari melibatkan perjalanan lebih 2,000 kilometer bermula dari Tawau, Sabah sehingga ke Kuching.
Beliau juga mencatatkan rekod larian sejauh 1,754 km selama 30 hari dari Rantau Panjang, Kelantan pada 1 Ogos 2002.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Sebelum ini Nasir bersama penyokong Kedah meraikan kejayaan Hijau Kuning mara ke final Piala Malaysia pada 2015, 2016 dan 2017 dengan melakukan larian sejauh 500 kilometer dari Alor Setar ke Stadium Shah Alam.