Connect with us

Berita Lain

Parlimen: Penghapusan tol ditangguhkan


Kerajaan mengesahkan pelaksanaan pemansuhan bayaran tol di
seluruh negara seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH)
pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu ditangguhkan.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, keputusan penangguhan
itu diambil selepas mengambil kira keadaan kewangan negara ketika ini, lapor Kosmo Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan telah meneliti dan mengambil kira secara mendalam
pelbagai faktor dan implikasi yang mungkin akan timbul akibat cadangan
penghapusan tol lebuh raya di negara ini.
“Setelah menimbang faktor utama berkenaan, kerajaan
bersetuju untuk menangguhkan dahulu cadangan penghapusan tol sehingga keadaan
ekonomi negara benar-benar stabil dan mengizinkan,” katanya pada Sidang Dewan
Rakyat di sini sebentar tadi.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Jalaluddin
Alias (BN-Jelebu) yang ingin mengetahui mengenai senarai terkini tol-tol yang
akan dimansuhkan bagi membantu meringankan beban rakyat dan jangkaan
pelaksanaannya.
Baru memberitahu, anggaran kos pampasan tol yang terlibat
sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan ialah melebihi RM400 bilion.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kerajaan menerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan
meneliti opsyen-opsyen lain yang lebih praktikal bagi mengurangkan beban kos
sara hidup rakyat secara keseluruhanya,” ujarnya.
Dalam pada itu jelas Baru, status keadaan kewangan negara
hanya diketahui oleh PH selepas mengambil alih kerajaan.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel