Menurut sumber, suspek berusia 20-an ditahan pukul 2.30 petang tadi sebelum dibawa ke Kota Bharu, Kelantan menaiki pesawat pukul 5.25 petang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Suspek baru menjalani latihan di Puncak Borneo enam minggu lalu,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (penalti lebih berat) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner, Dennis Leong Soon Kuai yang dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak terhadap pemilik restoran dan tukang masaknya sehingga kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kok Lanas 17 Mac lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi, pemilik restoran yang berusia 35 tahun serta pekerjanya warga Thailand berusia 40-an berada di restoran yang masih beroperasi itu.
Sumber berkata, semasa kejadian dua suspek lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha datang ke restoran tersebut sebelum pembonceng motosikal itu yang memakai jubah gelap turun dari motosikal lalu melepaskan tembakan.